Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah kami di Rumah Anak Yatim Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Al-Haj MAIM (RAYSAS) menerima kunjungan hormat daripada delegasi pensyarah dan pelajar UiTM Kampus Alor Gajah.
Diselangi beberapa program sosial kebajikan dan aktiviti ringkas sukaneka bagi meraikan bersama semangat kasih sayang kepada anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan, sumbangan dan cenderahati turut disampaikan.
Pengurus RAYSAS, Ustaz 'Atqullah bin Muhammad amat berbesar hati dan menyambut baik inisiatif pelbagai pihak hadir dan melaksanakan program sosial kebajikan bersama cukup untuk menghayati dan memberi kata-kata semangat kepada penghuni RAYSAS yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin.
Bagi galakan mereka untuk terus belajar sampai berjaya, ubah nasib dan kehidupan keluarga kepada yang lebih baik, bantu orang lain yang susah.
Terima kasih kepada delegasi UiTM Kampus Alor Gajah sudi hadir menyantuni kami dan kalau ada kesempatan datanglah lagi ye.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.” - Surah al-Naml ayat 40.
FB: RAYSAS Menerima Kunjungan Hormat Daripada Delegasi Pensyarah dan Pelajar UiTM Kampus Alor Gajah