



Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Meriah dan penuh keberkatan. Program Kasih Korban Perdana Bersama Mualaf Negeri Melaka. Anjuran Bahagian Balai Islam MAIM dan beberapa NGO Islam antaranya Hidayah Centre Foundation, Badan Kebajikan Persaudaraan Islam Negeri Melaka (BAKPIS), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Melaka, Persatuan Tionghwa Muslim Melaka (PERTIM).
Tiga (3) ekor lembu dikorban dan diagih kepada lebih 500 asnaf dan mualaf. Ramai asnaf mualaf dan kakitangan MAIM hadir meraikan program hebat ini, turut meluang masa Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis bersama Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Mohd Nasir bin Wahab.
Semoga usaha dakwah pengorbanan ini mendapat keredaan dan rahmat Allah SWT.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah.” -Surah Al-Hajj ayat 34.
FB: Program Kasih Korban Perdana Bersama Mualaf Negeri Melaka



