Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul,
Alhamdulillah selesai Program Gotong Royong di Tanah Perkuburan Islam Kamoung Sempang, Merlimau bersempena Program Bulan Wakaf Peringkat Negeri Melaka. Ramai yang menyertai program kali ini, meriah dan berjalan dengan jaya.
Terima kasih Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim sama-sama turun padang memegang parang mengemas semak, juga turut sama bersemangat menebas ranting pokok Pengurus Baitulmal MAIM, Ybhg Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis.
Juga kepada agensi-agensi yang terlibat ahli Jawatankuasa Masjid Sempang, JPKK Sempang, Majlis Perbandaran Jasin ( MPJ), SWM Corp, PUSPEN Tiang Dua, pasukan RELA, Guru dan murid Sekolah Kebangsaan Sempang (SKS) jutaan terima kasih kami ucapkan.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Janganlah meremehkan kebaikan walaupun hanya berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum kepadanya. Amalan itu adalah sebahagian daripada kebajikan.” - Hadis Riwayat Abu Daud.
"Buatlah baik berpada-pada, buat jahat jangan lah sekali."
FB : Program Gotong Royong di Tanah Perkuburan Islam Kamoung Sempang, Merlimau