Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
Hari ini Bahagian Wakaf & Mal, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerima kehadiran Puan Ramlah binti Md Yunus di Pusat Islam Melaka untuk mewakafkan sebidang tanah yang dimilikinya di Lot 1103, Mukim Pegoh Daerah Alor Gajah. Tanah yang diwakafkan berkeluasan 43529 kaki persegi @ 0.9993 ekar bagi tujuan pembinaan baharu Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Melekek Luar, Alor Gajah.
Hadir menyantuni lafaz wakaf ini Ketua Unit Wakaf & Mal MAIM, Encik Muhammad Effandi bin Othman Shah dan Ketua Unit Hasil Bahagian Wakaf & Mal MAIM, Ustaz Ahmad 'Ataillah bin Zakariah.
Firman Allah SWT mafhumnya : “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya". - Surah Ali Imran: 92.
FB: Mewakafkan Sebidang Tanah Bagi Tujuan Pembinaan Baharu Sekolah Rendah Agama (SRA)