



Assalammualaikum dan Salam Muhibbah
Majlis Pernikahan dan Walimatul Urus Muallaf negeri Melaka siri 3/2025 anjuran Bahagian Balai Islam, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah berlangsung hari ini bertempat di Ombak Puteh Glasshall, Ayer Keroh Melaka.
Seramai lima (5) pasangan pengantin saudara muslim (mualaf) diraikan pada hari ini.
Hadir menyerikan majlis ini Setiausaha MAIM, YBrs. Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad dan Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Mohd Nasir bin Wahab. Setiap pasangan pengantin turut menerima sumbangan saguhati berjumlah RM 1,000.00.
Selamat Pengantin Baru dan tahniah diucapkan kepada semua pasangan mempelai. Didoakan sentiasa bahagia hingga ke syurga dan menjalani kehidupan rumahtangga dengan penuh harmoni dan sejahtera.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “(Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui." -Surah Ali Imran ayat 34



