|

Majlis Pernikahan Dan Walimatul Urus Muallaf Negeri Melaka Tahun 2023

kahwin muallaf2023

kahwin muallaf1

kahwin muallaf2

kahwin muallaf3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Syukur dengan nikmat Islam dan iman pada hari ini seramai 5 pasangan pengantin saudara muslim telah dirai pada sebuah Majlis Pernikahan Dan Walimatul Urus Mualaf Negeri Melaka sebentar tadi di Hotel Ibis. Pasangan berkenaan telah selamat diijab kabul sambil disaksikan ahli keluarga terdekat mereka. Diraikan bersama Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud. Setiap pasangan pengantin turut menerima cenderahati berupa barangan elektrik, saguhati wang tunai dan juga pakej percutian berbulan madu di Hotel Ibis. Keterujaan pasangan dimaniskan dengan kehadiran keluarga terdekat dan dapat menjamu selera di Hotel yang terkenal.
 
Tahniah kami ucapkan...Selamat Pengantin Baru kepada semua pasangan mempelai...semoga berbahagia dan semaian kasih kasih dirai hingga ke syurga...aminn...
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Tiga golongan yang Allah SWT menetapkan atas diri-Nya untuk membantu mereka: orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba yang mukatab yang ingin membayar harga tebusannya dan orang yang berkahwin dengan sebab mahu menjaga kehormatan dirinya” - Hadis Riwayat al-Tirmidhi dan al-Nasa’i
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 30 April 2024, 04:33:23.

Jumlah Pelawat

003729914

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN