|

Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Al-Quran Sempena Hari Nuzul Quran Muallaf

nuzul muallaf 2

nuzul muallaf 3

nuzul muallaf 4

nuzul muallaf 5

 

Assalamualaikum dan Salam Ramadan

Berkat Hari Nuzul Quran hari ini dapat bersama-sama saudara baharu muslim mualaf kita di Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Al-Quran Sempena Hari Nuzul Quran tahun ini. Seramai 200 orang jemaah mualaf hadir bersama membaca ayat suci al-Quran. 

Semangat dan keikhlasan mereka mendalami dan menghayati al-quran sangat memberi inspirasi kepada saudara baharu muslim yang lain untuk terus istiqamah mendalami ilmu Islam. Hadir menyerikan majlis ini Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis dan Pegawai Tugas Khas MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud.

Majlis ini turut diserikan dengan ceramah yang disampaikan penceramah jemputan, Tuan Haji Dahlan bin Suramin...pengisian berkaitan kelebihan membaca dan memahami intipati al-Quran dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.” - Surah Ibrahim ayat 5.

FB:  Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Al-Quran Sempena Hari Nuzul Quran

 

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 10 Mac 2026, 07:26:41.

Jumlah Pelawat

004037332
Today: 565
Yesterday: 957
This Week: 1,522
This Month: 5,777
This Year: 46,778

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat