Assalamualaikum dan Salam Muhibbah.
Hari ini Bahagian Balai Islam, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menganjurkan lawatan kerja ke Kompleks Al-Sa'adah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Jalan Mufti Ahmad, Seremban Negeri Sembilan.
Lawatan ini diketuai oleh Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis dan disambut mesra oleh Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal (MAINS), Tuan Haji Norazman bin Amat. Rangka utama tujuan lawatan ini diadakan adalah menjalin kerjasama dan hubungan dua hala dalam pengurusan hal ehwal Muallaf dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Pertemuan ini juga saling berkongsi pandangan dan idea dalam memperkasa usaha dakwah dan kebajikan golongan muallaf. Delegasi MAIM turut dibawa melawat sekitar Kompleks Al-Saadah. Banyak fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MAINS kepada golongan muallaf antaranya surau, bilik pengajian, asrama, dewan dan sebagainya.
Bersama dalam lawatan ini Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam, Encik Mohd Nasir bin Wahab, Penolong Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Promosi dan Penerbitan, Puan Arina Saffuraa binti Alim serta Pegawai Psikologi MAIM, Encik Muhammad Aiman bin Yusoff.
Allah SWT bersabda dalam mafhumnya : "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.” -Surah al-A’raf (23)
FB: MAIM Menganjurkan Lawatan Kerja ke Kompleks Al-Sa'adah, MAINS