


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Lawatan kerja bersama wakil dari dua buah syarikat iaitu syarikat GyoRin Inc dan Atlas Niaga Sdn Bhd yang berminat untuk menjalin kerjasama bersama MAIM bertempat di Ladang Rimbunan Kaseh Serkam.
Melihat dengan lebih dekat potensi kerjasama khususnya melibatkan pembangunan ladang berkenaan yang berteraskan penggunaan model teknologi perladangan daripada Korea Selatan.
Bersama dalam lawatan kerja ini Ketua Unit Wakaf & Mal MAIM, Ustaz Ahmad 'Ataillah bin Hj Zakariah dan Ketua Unit Sewaan Dan Pelaburan MAIM, Encik Imran bin Rasul. Doakan kerjasama ini dapat dikembang luas dan mencapai matlamat menyusur manfaat kepada umat Islam di negeri ini.
Peribahasa ada menyebut :
"Elok bahasa bakal hidup, elok budi bakal mati." fikir-fikirkan.
FB: Lawatan Kerja Bersama Wakil Dari Dua Buah Syarikat Menjalin Kerjasama Bersama MAIM



