


Assalammualaikum dan Salam Muhibbah.
Program Pengagihan Juadah Berbuka Puasa sempena Program Ihya' Tarbawi Ramadan (IHTIRAM) anjuran Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) 1447H / 2026M. 14 Mac 2026 (Sabtu) 6.00 petang,bertempat di Stesyen Kereta Api, Pulau Sebang, Melaka.
Majlis pengagihan ini bersama Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Mohammed Yusoff.
Sebanyak 200 pek juadah berbuka puasa diagihkan kepada semua perantau dan pekerja perkhidmatan di Stesyen kereta api ini.
Menu istimewa hari ini set nasi beriani daging kuzi, buah naga, kuih-muih, kurma dan air mineral.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam al-Qadar, Dan adakah engkau mengetahui akan kebesaran Malam al-Qadar itu?, Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” -Surah al-Qadr ayat 1-3
FB: IHTIRAM Di Stesyen Kereta Api Pulau Sebang, Melaka



