Siapakah Dia Asnaf Fakir?
PENGERTIAN :
Seseorang yang tidak mempunyai harta atau hasil pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya iaitu untuk menampung keperluan makan pakaian, dan tempat tinggal.Siapa Pula Dimaksudkan Asnaf Miskin?
PENGERTIAN :
Orang yang tidak mempunyai harta atau hasil pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya tetapi tidak mencukupi kadar keperluan asasnya yang secukupnya.Kesimpulan
- Mereka yang langsung tidak mempunyai sebarang harta dan keupayaan untuk berusaha;
- Mereka yang mempunyai harta atau usaha tetapi masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan diri dan tanggungannya iaitu pendapatannya tidak cukup separuh atau kurang daripada keperluan asasnya; atau
- Mereka yang mempunyai harta dan usaha yang hanya mencukupi separuh atau lebih daripada keperluan asas untuk diri dan tanggungannya, tetapi tidak mencukupi keseluruhannya.
Kriteria Dan Garis Panduan Penentuan Asnaf Fakir
- Islam
- Bermukim/bermastautin di negeri Melaka
- Tiada pendapatan atau harta yang mencapai separuh haddul kifayah atau pendapatan KURANG dari 50% haddul kifayah kerana:
-
- Tua / uzur / sebatang kara / cacat atau tiada upaya untuk menyara hidup;
- Tiada tempat bergantung atau teraniya seperti balu, ibu tunggal, janda, isteri yang ditinggalkan dan isteri yang suaminya diperjara;
- Isteri yang suaminya terlibat dengan AIDS / HIV / penagihan dadah / menghidap sakit kronik;
- Lain-lain dharar syarie yang dibenarkan oleh syarak.
Kriteria Dan Garis Panduan Penentuan Asnaf Miskin
- Islam
- Bermukim/bermastautin di negeri Melaka
- Tiada pendapatan atau harta yang mencapai separuh haddul kifayah atau pendapatan KURANG dari 50% haddul kifayah kerana:
-
- Tua / uzur / sebatang kara / cacat atau tiada upaya untuk menyara hidup;
- Tiada tempat bergantung atau teraniya seperti balu, ibu tunggal, janda, isteri yang ditinggalkan dan isteri yang suaminya diperjara;
- Isteri yang suaminya terlibat dengan AIDS / HIV / penagihan dadah / menghidap sakit kronik;
- Lain-lain dharar syarie yang dibenarkan oleh syarak.
Pakej Bantuan Yang Layak Bagi Asnaf Fakir Dan Miskin
01 MAKANAN BULANAN |
07BANTUAN SEWA KEDIAMAN ASNAF |
13 |
02BANTUAN SARAAN ANAK SEKOLAH |
08 |
14BAYARAN YURAN SEKOLAH ANAK ASNAF |
03BANTUAN SARAAN ANAK IPT |
09BANTUAN PERSEDIAAN RAMADHAN/SYAWAL |
15BANTUAN AM |
BANTUAN SAKIT KRONIK |
10BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH |
16BANTUAN KECEMASAN/ MAKANAN KECEMASAN |
05 |
11PEKERJA SUKARELAWAN |
17BANTUAN PEMBAIKAN RUMAH ASNAF |
06BANTUAN SKIM SIMPANAN FAKIR DAN MUALLAF |
12 |
18 |
HADDUL KIFAYAH
Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah bersetuju supaya Paras Garis Kemungkinan Negeri [PGK] Melaka boleh digunapakai sebagai mengganti haddul kifayah dalam menentukan kelayakan penerima bantuan Zakat Negeri Melaka. Haddul Kifayah bagi tahun 2014 ialah RM 840.00 sebulan bagi 4 orang per 1 isirumah. Perbelanjaan perkapita bagi seorang individu sebulan ialah RM 210.00.
ASAS YANG DIAMBIL KIRA SEBAGAI PENDAPATAN
Terdapat beberapa item yang mesti diambil kira dalam menentukan pendapatan seseorang pemohon atau keluarga. Pada asasnya, dalam menentukan kelayakan asnafm pendapatan yang di kira ialah pendapatan seluruh ahli isi rumah. Justifikasi lain yang diambil kira sebagai pendapatan ialah :
01Pendapatan suami |
05Lain-lain pendapatan yang diusahakan/sumber hasil lain sama ada dalam bentuk asset alih atau tak alih |
02Pendapatan Isteri |
06Bantuan yang diperolehi daripada mana-mana agensi termasuk manfaat takaful atau insurans. |
03Pendapatan anak-anak atau adik-beradik yang tinggal sama |
07Pencen kakitangan awam/pencen kilat [PERKESO] jika pekerja swasta |
04 Sumbangan anak yang tinggal berasingan |
ASAS YANG DIAMBIL KIRA SEBAGAI PERBELANJAAN
Pada lazimnya, kadar haddul kifayah RM 840.00 sebulan itu atau RM 210.00 perkapita telah merangkumi seluruh aspek keperluan belanja asasi bagi seseorang individu yang mana ia telah merangkumi keperluan makanan, pakaian, tambang perjalanan, kesihatan dan kediaman. Butiran perkara yang diambil kira sebagai belanja adalah seperti berikut :
- Belanja barang keperluan dapur
- Belanja kesihatan/tambang rawatan
- Belanja kediaman
- Belanja persekolahan
- Belanja pembayaran bil utiliti
Hutang piutang tidak diambil kira dalam penentuan belanja kerana ia sangat subjektif. Sebab berhutang yang pelbagai menyebabkan ia tidak wajar untuk diambil kira setelah jelas bahawa Islam juga tidak menggalakkan umatnya berhutang. Walaubagaimanapun, jika sebab berhutang tersabit dengan haddul kifayah kepada asnaf Gharimin, maka ia boleh diambil kira sebagai tanggungan.