Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Melalui melalui Bahagian Wakaf telah berjaya menganjurkan Program Promosi Wakaf Tunai melalui slot Tazkirah Jumaat yang telah disampaikan Ustaz Abd Manap Bin Mohamad, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Kekeluargaan dan Dakwah, Jabatan Agama Islam Melaka di Masjid Asy Syuja'ah Merlimau, Melaka.
Seramai 400 orang jemaah masjid telah mengikuti tazkirah tersebut yang bermula dari jam 12:30 tengahari sehingga jam 1:15 petang.
Maklumbalas daripada jemaah yang hadir amat positif dan berharap agar majlis ilmu seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Jom berwakaf di Majlis Agama Islam Melaka melalui Wakaf Tunai dengan menghubungi Cik Joriza binti Jauhari dan Encik Mohd Nasir Wahab di talian 06-2837416/2077/2849809.