Agihan Makanan Bermasak Kepada Penduduk Peringgit

agihanmakanbermasak

Agihan Makanan Bermasak Kepada Penduduk Peringgit
Skuad Agihan Zakat (SAZ) kali ini turun menyantuni bersama-sama JPKK Peringgit untuk mengagihkan makanan kepada penduduk taman rumah awam Peringgit.
Penduduk yang ditemui menyatakan mereka belum mahu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana mahu menjaga keselamatan barangan di dalam rumah dan sedang berwaspada sekiranya cuaca masih lagi hujan sehingga ke tengah malam nanti.
Kebanyakan rumah penduduk yang dimasuki air juga disebabkan paras air sungai berhampiran yang tinggi akibat hujan lebat sejak malam tadi.
Agihan makanan yang berjaya diagihkan hampir jam 9 malam itu diharap sedikit sebanyak dapat membantu penduduk di kawasan terbabit dalam membuat urusan menyelamatkan harta benda serta bersedia dalam sebarang bentuk kemungkinan menghadapi air pasang besar dan hujan yang masih belum berhenti.
Semoga rakyat negeri ini yang dilanda banjir di beberapa kawasan dapat mengharungi ujian ini dengan tenang dan sabar serta dapat dipermudahkan segala urusan.
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini684
Semalam1335
Minggu Ini9223
Bulan Ini20067
Keseluruhan3565905
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.