Penyerahan 550 kit perubatan dan kesihatan ke Pusat Kuarantin MITC

kuarantinmitc-min

Assalammualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya
Serahan 550 kit perubatan dan kesihatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh sebentar tadi.
Kit berkenaan merupakan sumbangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang telah digerakkan oleh Bilik Gerakan COVID-19 Agensi Agama Islam Melaka.
Kandungan kit terdiri daripada pelitup muka, sanitasi tangan, ubat-ubatan serta pil vitamin dan akan disampaikan kepada pessakit-pesakit COVID-19 di PKRC berkenaan.
Semoga usaha kecil ini mampu memberi manfaat kepada mereka dan mendapat perlindungan serta kesihatan yang lebih baik.
Ingat semua kita jaga kita.
ALLAH SWT Berfirman : "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, sesungguhnya Allah mengetahui-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 92)
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini901
Semalam1893
Minggu Ini901
Bulan Ini37447
Keseluruhan3115883
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.