Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya
BANTUAN PERNIAGAAN USAHAWAN ASNAF MELAKA
Penerima bantuan adalah En Shashrahman bin Jalil yang merupakan bekas penerima bantuan makanan bulanan asnaf miskin pada tahun 2019. Beliau telah memulangkan bantuannya yang diterima dari MAIM dan kini telah menjalankan perniagaan sebagai pengeluar cili merah secara fertigasi.
Pada mulanya En Shashrahman memulakan perniagaan ini dengan menanam cili secara fertigasi di ruang halaman rumahnya sebanyak 10 beg sahaja dan kini beliau telah memiliki 3 kawasan tanaman (sewa) sebesar 2 ekar. Majlis Agama Islam Melaka telah membantu beliau lagi dengan sumbangan bantuan perniagaan sebanyak RM6,000.00 bagi pembelian alatan tanaman yang baru. Beliau juga kini telah mula membayar zakat perniagaan di negeri Melaka.