Penyerahan Zakat Kepada Puan Rabeah

pnrabeah

 

RABEAH BERGANTUNG HARAP ANAK BALIK SEKOLAH BEKERJA BANTU KELUARGA

Skuad Agihan Zakat (SAZ) Melaka kali ini telah menziarahi keluarga Rabeah Habsah Mohamad Noh, 33; di rumah sewa yang agak uzur dengan bayaran RM 250 sebulan bersama empat orang anak iaitu Syakir Ramadan, 15; Syahril Adam, 15; Syukran Al Rizki, 13; dan Muammar Baihaqi, 6 tahun; yang kesemuanya masih bersekolah di Kg. Pantai Rombang, Melaka.

Beliau yang merupakan seorang "ibu tinggal" tidak lagi mampu bekerja mencari nafkah keluarga sebagai pekerja pembersihan kerana mempunyai masalah lelah kronik sehingga terpaksa menggunakan bantuan mesin khas pernafasan serta sering dimasukkan ke wad hospital hampir setiap bulan selama beberapa hari.

Tidak seperti anak-anak yang lain, setiap kali selesai sessi persekolahan anak kembarnya yang berusia 15 tahun akan terus bekerja di sebuah kedai runcit berhampiran dengan rumahnya dengan pendapatan RM 15 pada hari biasa persekolahan manakala, RM 30 sehari pada hujung minggu.

Namun, semasa kehadiran SAZ bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Tn. Hj Mohd Ikram Ibrahim; seorang lagi anak kembar Rabeah Habsah telah diambil sementara oleh cikgu sekolahnya yang sering mengambil berat mengenai keluarganya.

"Walaupun saya hidup susah, tapi jiran-jiran selalu ambil berat tentang kami termasuklah cikgu sekolah anak-anak saya dan jiran-jiranlah yang akan menghantar saya ke hospital serta menjaga anak-anak saya kalau saya di wad", katanya ketika diziarahi

Rabeah Habsah yang dibantu oleh Bahagian Agihan Zakat Melaka sebanyak RM 550 sebulan sejak 2011 juga turut dibantu sepenuhnya bayaran rumah sewa yang diduduki beliau sekeluarga.

Pihak SAZ juga turut menyampaikan sumbangan makanan kecemasan dan wang tunai kepada beliau sekeluarga yang telah disampaikan sendiri oleh Setiausaha MAIM.

Semoga Rabeah Habsah dan anak-anaknya tabah dalam menghadapi ujian kehidupan dan kita semua dapat mendoakan agar anak-anaknya berjaya dalam pelajaran seterusnya membantu keluarga ini keluar dari kemiskinan hingga menjadi pembayar zakat suatu hari nanti.

#TerimaKasihPembayarZakat
#PembayarZakatHeroAsnaf
#ZakatBukanSekadarFitrah
#ZakatAndaKamiAgihkan
#ZakatMelaka
#BaitulmalMAIM
#BaitulmalAgihanZakatMelaka
#BahagianAgihanZakat
#AgihanZakatYangTelusAmanahKami

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 4%
Baik - 4.7%
Boleh Diperbaiki Lagi - 3.9%

Total votes: 801
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2019

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1552
Semalam2052
Minggu Ini8743
Bulan Ini13053
Keseluruhan2260910
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.