7 BURUH KONTRAK INDONESIA KEHABISAN MAKANAN
Minggu lepas pihak Skuad Agihan Zakat (SAZ) Melaka telah mendapat maklumat terdapat warga asing yang keputusan barang makanan kerana tidak boleh bekerja di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac yang lalu.
Bertindak atas maklumat yang diterima tersebut dan atas dasar kemanusiaan, pihak SAZ telah menziarahi keadaan pekerja buruh warga Indonesia tersebut bagi melihat keadaan mereka dan memberikan bantuan sewajarnya bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Bahagian Agihan Zakat senantiasa menerima permohonan-permohonan bantuan yang dibuat melalui DM fb di sini, aplikasi whatsapp dan panggilan telefon.
Walaupun permohonan kecemasan yang dibuat terlalu banyak setiap hari tetapi pihak MAIM khususnya di Agihan Zakat Melaka akan cuba menyantuni setiap permohonan yang dibuat melalui empat cawangan Bahagian Agihan Zakat yang terdapat di negeri ini iaitu Cawangan Merlimau, Jasin, Melaka Tengah dan Masjid Tanah bagi daerah Alor Gajah.
Semoga kami diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan fitnah dunia serta dapat terus menjalankan amanah yang diberi dalam mengagihkan zakat kepada masyarakat Islam di negeri ini.
#TerimaKasihPembayarZakat
#PembayarZakatHeroAsnaf
#ZakatBukanSekadarFitrah
#ZakatAndaKamiAgihkan
#ZakatMelaka
#BaitulmalMAIM
#BahagianAgihanZakat
#AgihanZakatYangTelusAmanahKami