Bapa Jaga 12 Anak Mohon Berhati-Hati Dengan Individu Ambil Kesempatan

anak-angkat12

 

 

BAPA JAGA 12 ANAK NASIHAT AGAR BERHATI - HATI DENGAN INDIVIDU AMBIL KESEMPATAN

Hari ini Skuad Agihan Zakat (SAZ) MAIM telah menziarahi Encik Arshad atau lebih dikenali dengan panggilan nama Pak Cad di Taman Bukit Katil Indah.

Kisahnya yang pernah mendapat liputan meluas pada awal Ramadhan lalu telah menimbulkan rasa kurang selesa kepada diri beliau dan ahli keluarga.

Menurutnya, kisah beliau yang selama ini menjaga 10 anak yatim dan dua orang anak kandung, bukannya untuk menagih simpati masyarakat kerana beliau mempunyai kemampuan dengan perniagaan makanan dan homestay yang dijalankan.

"Masa itu ada individu yang datang ke rumah kononnya untuk membantu saya dengan mengambil gambar-gambar dari album ahli keluarga untuk bantuan agensi berwajib, tetapi yang berlaku ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dari masyarakat kita yang baik hati", ujarnya ketika ditemui pihak SAZ di sini.

Menurutnya, pihak tersebut telah cuba mendapatkan wang sumbangan melalui orang ramai dengan menggunakan akaun peribadi pihak yang kononnya ingin membantu untuk mengutip derma tetapi sebenarnya tidak pernah sampai ke tangan beliau.

Ujarnya lagi, ada beberapa orang yang telah menghubungi beliau sendiri untuk mendapatkan pengesahan tentang akaun terbabit namun beliau menyatakan akaun itu bukannya milik beliau dan mendapat maklumat ramai individu yang telah menderma dengan memasukkan duit ke dalam akaun tersebut.

"Selama berbelas tahun saya berniaga dan menjaga mereka, saya tidak pernah hendak menjaja kisah hidup saya kepada masyarakat di luar sana sehingga ada suara-suara sinis yang menyatakan kalau miskin kenapa perlu menjaga anak-anak yatim?"

Saya menjaga mereka kerana Allah Taala dan bukannya untuk meraih simpati kerana saya mampu menjaga mereka dan memberikan sepenuh kasih sayang dan kudrat yang saya ada tetapi ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan jalan mudah untuk membuat duit.

Sejak kejadian tersebut, ramai yang datang ke rumah beliau dengan memberikan barang makanan sehingga En. Arshad telah mengagihkan pula kepada orang lain yang benar-benar susah yang dikenalinya.

Saya juga dikunjungi oleh pihak berkuasa dan pihak kebajikan untuk melihat kesahihan dokumen yang saya menjaga anak-anak saya dan ramai jiran tetangga juga bertanyakan kepada saya mengapa tidak memaklumkan kepada mereka untuk dibantu.

Saya telah menerangkan kedudukan yang sebenar kepada jiran tetangga dan pihak berkuasa mengenai situasi yang berlaku sehinggalah mereka jelas dengan perkara yang sebenar.

Alhamdulillah, walaupun sepanjang PKP ini berlangsung saya masih lagi boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

Beliau menyeru agar orang ramai tidak terus mempercayai kisah keluarga saya oleh orang-orang yang cuba mengada-adakan cerita yang tidak benar dan menyalurkan kewangan kepada akaun individu tersebut.

Oleh itu, pihak SAZ juga menyeru agar orang ramai untuk berhati-hati mengenai situasi yang tular di media-media sosial agar tidak terpedaya dan cepat terpengaruh di waktu bulan yang orang Islam berlumba-lumba untuk mengejar amal kebajikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 4%
Baik - 4.7%
Boleh Diperbaiki Lagi - 3.9%

Total votes: 801
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2019

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1312
Semalam1529
Minggu Ini9852
Bulan Ini44966
Keseluruhan2353689
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.