Lawatan tapak oleh Tuan Setiausaha MAIM, Hj Azman Hj Aziz bersama Penolong Jurutera MAIM ke projek menaiktaraf jambatan jenis 'arch bridge' di Rumah Anak Yatim Fatimah Al Zaharah (KAYFAZ), Bukit Katil.
Kos pembinaan projek ini adalah RM 255,550.00, mendapat kerjasama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka dan projek ini dijangka siap pada pertengahan April 2020.
Semoga projek ini dapat memberi kemudahan dan menjamin keselamatan penghuni rumah anak yatim ini.