12 Disember 2019 (Khamis)
Kursus Pengendalian Dron.
Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Sumber Manusia MAIM, Encik Mohd Rizalman bin Syed bergambar bersama barisan peserta dan urusetia Kursus Pengendalian Dron.
Kursus berkenaan memberi pendedahan dan sesi praktikal untuk memasang, memastikan dan mengujilari dron untuk terbang dalam keadaan selamat.
Seterusnya memberi latihan penerbangan dron selamat dan mematuhi undang undang dan selari dengan revolusi industri 4.0 di mana dron boleh dipelbagaikan aplikasinya
bergantung kepada misi yang ingin digunakan.
Kursus ini merangkumi pembelajaran berkenaan teori asas dron, seterusnya sesi praktikal pemasangan dan penerbangan dron oleh peserta.
Seterusnya perkongsian berkenaan penerbangan dron yang selamat dan mematuhi undang undang penerbangan dron juga dibincangkan pada akhir sesi