Program Konvoi Berzakat 2019

konvoikembarazakat

 

15 Disember 2019 (Ahad)

 

Program Konvoi Berzakat 2019

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Zakat Melaka (ZM) telah mengadakan Konvoi Bermotor Agihan Zakat di beberapa DUN pagi tadi.

Konvoi berkenaan turut disertai beberapa buah kumpulan motor berkuasa tinggi dan telah menyampaikan bantuan kepada 3 buah keluarga asnaf di sekitar DUN Telok Mas, Serkam dan Merlimau.

Alhamdulillah walaupun dalam suasana hujan dan cuaca yang dingin, seluruh anggota konvoi dapat merealisasikan matlamat program dengan jayanya.

Sumbangan yang disampaikan berbentuk sebuah mesin tebu, wang tunai dan juga kit makanan.

Hadir sama menyertai konvoi Ketua Pegawai Eksekutif ZM, Ustaz Abdul Halim bin Ismail dan Pegawai Agihan Zakat, Tuan Haji Mohd Dino bin Md Delan.

Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan dengan penuh keberkatan Ilahi demi maslahat asnaf dinegeri ini.

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 4%
Baik - 4.7%
Boleh Diperbaiki Lagi - 3.9%

Total votes: 801
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2019

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini757
Semalam2256
Minggu Ini757
Bulan Ini75317
Keseluruhan2121260
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.