Majlis Perasmian Program Sinergi Sosial dan Pelancaran Sistem MySynergy telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Matrade Exhibition & Convention Center (MECC) Kuala Lumpur.
Program ini mendapat sokongan dan kerjasama melalui majlis menandatangani Memorandum Kerjasama (MOC) oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Agensi Kaunseling Kewangan (AKPK), Giat Mara, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) dan Malaysia Digital Coorperation (MDEC) serta beberapa agensi lain.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pendapatan sara hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara.