Ibu Tunggal 4 Anak Mencari Waris

ibutunggalcariwaris

 

IBU TUNGGAL 4 ANAK BERJALAN KAKI TANPA ARAH TUJU MENCARI WARIS

Skuad Agihan Zakat Melaka (SAZ) yang sedang menghala ke Pulau Gadong untuk menziarahi seorang pesakit terlantar telah terserempak dengan sebuah keluarga sambil mengusung beg besar bersama anak-anak yang masih kecil.

Melihatkan keluarga ini yang berjalan kaki dari persimpangan lampu isyarat Pasaraya Tesco sehingga ke Jambatan Kecil Bachang menimbulkan persoalan di hati kami untuk berpatah semula bagi menyiasat mereka.

Ketika SAZ menghampiri keluarga ini ternyata telahan kami benar bahawa keluarga ini sedang dalam belenggu permasalahan.

Noorlia Ahmad Damanhuri, 46; yang beralamat dari Petaling Jaya, Selangor baru sahaja sampai ke Melaka bagi mencari ahli waris serta "asal usul" beliau dengan mencari seseorang yang bernama Mat Isa di Sungai Udang Melaka dan telah tersalah menaiki bas.

Noorlia yang dibesarkan di rumah perlindungan kebajikan di Selangor sedang mencari waris beliau yang dikatakan berada di Melaka.

Anak-anak Noorlia yang masing-masing berumur 17, 15, 10 dan 9 tahun sudah lama tidak bersekolah dengan salah seorang darinya OKU masalah lemah pembelajaran.

Apabila ditanyakan ke mana arah tuju beliau dan anak-anak sebelum dapat menemui waris yang dicari, beliau menyatakan hendak mencari masjid bagi menumpang tidur beberapa hari.

Bertindak atas perkara tersebut, SAZ telah memberikan sedikit sumbangan Bantuan Am Kecemasan kepada Noorlia sebagai wang saku dan memberikan khidmat nasihat sekiranya memerlukan bantuan sokongan sementara di Melaka boleh menghadirkan diri di Pejabat Baitulmal Agihan Zakat.

Sama-sama kita mendoakan agar Noorlia dan anak-anaknya selamat serta sejahtera dan berjaya menemui ahli waris yang dicari. SAZ juga yakin bahawa rakyat Melaka sentiasa prihatin dan suka membantu mereka yang memerlukan. Maklumat anda semua kepada kami amat kami alu-alukan agar dapat menyalurkan zakat kepada mereka yang layak.

#TerimaKasihPembayarZakat
#ZakatBukanSekadarFitrah
#ZakatMelaka
#AgihanZakatYangTelusAmanahKami

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 4%
Baik - 4.7%
Boleh Diperbaiki Lagi - 3.9%

Total votes: 801
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2019

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini549
Semalam2256
Minggu Ini549
Bulan Ini75109
Keseluruhan2121052
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.