Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Saudara Muslim 2019
---------------------------------------------------------------------------
Jumaat - 4 Oktober 2019
Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Mohd Sofi Bin Abdul Wahab merangkap Exco Kerajaan Negeri Melaka hadir menyampaikan sumbangan wang tunai dan sijil penghargaan kepada sebahagian pelajar dalam kalangan saudara muslim yang berjaya dalam peperiksaan. Hadir sama Setiausaha MAIM, Tuan Haji Azman bin Haji Aziz dan Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Mohd Leow bin Abdullah.
Berikut merupakan statistik pelajar cemerlang :-
UPKK - 14 orang
UPSR - 13 orang
PT3 - 11 orang
SPM - 9 orang
STPM - 2 orang
Semoga dengan kejayaan ini akan memberi semangat tambahan kepada pelajar berkenaan untuk lebih berjaya dimasa akan datang.
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#amanahandatanggungjawabkami