Lawatan Kerja daripada Bahagian Zakat Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMAINS) ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
-----------------------------------------------------------------------------------
Selasa - 24 September 2019
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerima kunjungan daripada Bahagian Zakat Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMAINS) sebentar tadi.
Delegasi berkenaan disambut oleh Setiausaha MAIM, Tuan Haji Azman bin Haji Aziz dan Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Sharif bin Somathulla.
Pertemuan membincangkan beberapa perkara berkaitan kaedah dan tatacara pengagihan zakat bagi kedua-dua negeri yang bertujuan melicinkan lagi proses pengagihan kepada mereka yang layak dan memerlukan.
Semoga usaha murni ini akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT dan seterusnya membantu golongan asnaf khususnya di negeri ini menerima bantuan yang disampaikan serta membentuk golongan asnaf yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi.
#amanahandatanggungjawabkami
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka