19 Julai 2019 | Jumaat
Madrasah Tahfiz Al Quran Ibnu Talib, Kg Pulai Melaka.
Kejadian Kebakaran Di Madrasah Tahfiz Al Quran Ibnu Talib, Kg Pulai Melaka Lebih Kurang Jam 11.00 Pagi.. Kejadian Berlaku Disebabkan Lintas Pintas Di Pusat Tahfiz Tersebut Dan Telah Mengakibatkan Kebakaran Di Bilik Stor Simpanan Pusat Tahfiz Tersebut..
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Melaka Telah Berjaya Mengawal Dan Memadamkan Kebakaran Yang Berlaku Di Pusat Tahfiz Tersebut..
Di Atas Keprihatinan YBhg Tuan Haji Azman Haji Aziz, Setiausaha MAIM Diiringi Oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Rizalman Syed, PSU Bahagian Agihan Zakat MAIM Telah Menziarahi Pusat Tahfiz Tersebut Dan Menyampaikan Bantuan AM Berjumlah RM1000 Tunai Beserta Barang-Barang Keperluan Asas Makanan Kepada Tuan Haji Mohd Ali Bakar, Pengetua Pusat Tahfiz Al Quran Ibnu Talib Bagi Kegunaan Harian..
Semoga Allah Swt Mempermudahkan Segalanya Daripada Awal Hingga Akhir