::- Majlis Akad Wakaf | Bahagian Wakaf | Majlis Agama Islam Melaka | 15 Zulkaedah 1440 H -::
Alhamdulillah bertambah lagi aset umat Islam di negeri Melaka ini. Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Melaka telah menyempurnakan Majlis Akad Wakaf dan serah sijil serta cenderamata kepada pewakaf Puan Halimah Bte Ahmad dan Puan Jamaliah Bte Tamby (diwakili oleh En. Nasaruddin Bin Tamby) untuk pewakafan tanah di atas lot 455, mukim Klebang Kecil, daerah Melaka Tengah, Melaka dengan keluasan 0.1959 ekar (2/3 Bhgn).
Kami di Majlis Agama Islam Melaka mendoakan agar pewakaf dirahmati Allah dan diterima amalan wakafnya oleh Allah SWT.
Sebarang pertanyaan mengenai wakaf, wakaf tunai, sila hubungi Cik Joriza Binti Jauhari, Ustaz Nasri Bin Buchik atau Encik Mohd Nasir Bin Wahab di talian 06-2837416/2077/2849809.
#jomberwakaf
#wakaftunaimelaka
##satuamalmenciptasejutamanfaaf
#majlisagamaislammelaka