
Apakah itu Khidmat Nasihat Pusaka?
MAIM telah menyediakan servis khidmat nasihat pusaka sebagai tempat rujukan berkaitan pusaka orang Islam atau muallaf.
Definisi
Harta pusaka bermaksud segala apa menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya kemudian ditinggalkan untuk warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.
Pembahagian harta pusaka boleh dibuat secara faraid (kaedah utama), secara muafakat (Takharuj), melalui wasiat atau hibah (Pemberian semasa hidup).
Khidmat nasihat pusaka boleh merujuk di kaunter Pusat Islam MAIM di :
MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
PUSAT ISLAM MELAKA
BUKIT PALAH, 75400 MELAKA
(Bahagian Wakaf dan Mal MAIM - 06 283 7416 | 06 284 9809)



