|

SAZ Cawangan Melaka Tengah Ziarah Asnaf DUN Sungai Udang

CUT1

CUT2

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah hari ini kita Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Melaka Tengah sekali lagi di hari cuti luang masa ziarah dan jengah asnaf-asnaf kita di DUN Sungai Udang.

10 buah keluarga kita dapat jengah tadi dapat kita tanyakan khabar, tanyakan perihal kesihatan anak-anak sekolah macam mana, cukup ke bantuan makan dan minumnya dan keperluan-keperluan lain yang dirasakan perlu pun kita tanyakan sekali tadi.

Syukur setakat ini bantuan yang MAIM dah beri semuanya banyak membantu asnaf-asnaf kita.

Sambil-sambil borak mesra ada juga tadi kita pikirkan bantuan tambahan yang sesuai antaranya bantuan kos ambulan untuk dapatkan rawatan tak banyak tapi insha Allah membantu.

Terima kasih kepada Pegawai Tugas Khas MAIM kita, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan pimpinan masyarakat DUN Sungai Udang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pun ada tadi, mudahkan urusan orang, insha Allah Allah SWT pasti mudahkan urusan kita.

Bantuan yang kita beri tadi antaranya kit makanan, wang tunai dan juga lampin pakai buang.

Doakan mereka, doakan kami juga ye.

Jaga kesihatan semua.

Sabda Rasulullah SAW : "Tiada seorang Mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati walaupun terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh ALLAH SWT." - hadis Riwayat Muslim.

 

 FB:  SAZ Cawangan Melaka Tengah Ziarah Asnaf DUN Sungai Udang

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 06 February 2025, 08:17:00.

Total Visitors

003854456

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.