|

Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024

HALA1

HALA2

HALA3

HALA4

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah selesai program bual bicara berkaitan Philosophy Of Halal bersama penceramah jemputan Ybhg Prof. Dr. Abdul Ghafar bin Ismail dan Forum Wang Tidak Patuh Syariah bersama penceramah selebriti Saudara Syamsul Debat dan Pengerusi Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Ybhg Prof Datuk Dr. Azhan bin Hasan yang dipengerusikan oleh Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis.

Banyak ilmu dan perkongsian disampaikan, hadirin penonton ramai hadir. Manfaat hidup bersyariat dan mengamal perkara halal adalah wajib. Ingat tu semua, semua perlu berasaskan yang halalan toyyiban.

Hadir sama Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Rosli bin Abdullah dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Engkau telah masuk Islam berserta semua kebaikanmu yang dahulu.” - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Tidak lupa jugak majlis perasmian Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim bin Durum dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman.

Untuk makluman bersama, MIHF 2024 masih lagi berlangsung di Dewan MITC bermula 20 - 21 Disember 2024 (Jumaat - Ahad).

Pelbagai produk makanan, pakaian dan perkhidmatan ada di festival ni.

“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."

FB:  Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 06 February 2025, 08:17:00.

Total Visitors

003854463

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.