Majlis Perasmian Program Kampung Angkat (MABIMS) Dan Majlis Perasmian Melaka International Halal Festival 2025(MIHF)

 MFKM1

MFKM2

MFKM4

MFKM5

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Majlis Perasmian Program Komuniti "Semanis MABIMS, Seharum Serantau" Program Kampung Angkat Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia Dan Republik Singapura (MABIMS) di Dewan Terbuka Kampung Pulau, Masjid Tanah dan Majlis Perasmian Melaka International Halal Festival 2025(MIHF) bertempat di Dewan MITC Ayer Keroh. Disempurnakan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh.

Bersama hadir pada majlis ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Dato' Setia Dr Haji Mohd Naim bin Mokhtar serta delegasi Menteri-Menteri Agama MABIMS Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Singapura.

Turut berlangsung penyerahan sumbangan daripada pelbagai agensi dan syarikat korporat bagi pembinaan Balai Islam Kampung Pulau, antaranya Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Melaka ICT Holdings, Putra Specialist Hospital Melaka, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Zakat Melaka, Kumpulan Melaka Berhad dan beberapa lagi rakan strategik dengan jumlah keseluruhan RM116,500.00.

Semoga program ini akan memberi manfaat tambahan membina komuniti berdaya maju melalui dalwah bilhal, pengukuhan ilmu dan memperkasa kabajikan rakyat. Jutaan terima kasih kepada pewakaf, amanah anda kami kembang luaskan demi maslahat umat Islam.

Sebelah petang pula, Majlis Perasmian Melaka International Halal Festival 2025(MIHF) bertempat di Dewan MITC Ayer Keroh juga disempurnakan Ketua Menteri Melaka serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Mokhtar bersama delegasi Menteri-Menteri Agama MABIMS. 

FB:  Majlis Perasmian Program Kampung Angkat (MABIMS) Dan Majlis Perasmian Melaka International Halal Festival 2025(MIHF)

 

Pin It
En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat