|

Lawatan Kunjung Hormat Bagi Program Pelan Induk Transformasi Asnaf (PINTAS)

MMU1

MMU2

MMU3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah syukur kerjasama erat bersama beberapa agensi korporat diteruskan dengan lawatan kunjung hormat dan libat urus. 

Bersama dalam lawatan kerja ini Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Yusoff bersama Penolong Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Promosi dan Penerbitan MAIM, Puan Arina Saffuraa binti Alim.

Perbincangan lebih tertumpu kepada perkongsian data dan maklumat strategik bagi merealisasi program akan datang bersama pembangunan asnaf MAIM, khususnya bagi menjayakan Program Pelan Induk Transformasi Asnaf (PINTAS) bagi tahun 2025 - 2027 akan datang.

MAIM turut mengadakan perkongsian kepakaran bagi memberi ruang kepada usahawan asnaf meningkatkan lagi kualiti produktiviti mereka. Pembangunan anak-anak asnaf juga menjadi objektif utama dalam kunjungan hormat kali ini, lebih kreatif, inovatif dan produktif insha Allah anak-anak asnaf MAIM dimasa akan datang.

Agensi dikunjungi :-

- Multimedia University (MMU) Melaka

- Melaka Industrial Skills Development & Entrepreneurship Centre (MISDEC) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu.

Doakan semua yang dirancang ini akan dipermudah Allah SWT, yang kurik itu kundi, yang merah itu saga.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.” - Surah al-Naml ayat 40.

FB:  Lawatan Kunjung Hormat Bagi Program Pelan Induk Transformasi Asnaf (PINTAS)

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 06 February 2025, 08:17:00.

Total Visitors

003854444

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.