Kursus Pengurusan Jenazah Mualaf Negeri Melaka di Masjid As Salimin Kariah Kandang

 jenazah 1

jenazah 2

jenazah 3

jenazah 4

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah selesai Kursus Pengurusan Jenazah Mualaf Negeri Melaka di Masjid As Salimin Kariah Kandang. Seramai 70 orang peserta terdiri saudara muslim mualaf hadir mengikuti dan mendalami ilmu kaedah pengurus jenazah dengan lebih terperinci. 

Sebelum ni mereka hanya dengar, pandang atau buat-buat tak tahu sahaja. Sekarang diberi pendedahan secukupnya bagaimana mengurus jenazah bermula dari jenazah meninggal dunia sehingga proses pengkebumian. Dan setiap peserta berasa syukur kerana diberi peluang untuk mengenali dengan lebih dekat kaedah dan tatacara mengurus jenazah. Penyampaian ceramah disampaikan oleh Imam 1 Masjid As-Salimin, Ustaz Muhammad Zaki bin Mohd Karim dan pratikal amali mengurus jenazah dikendalikan oleh bilal masjid, Tuan Abd Ghani bin Abdullah.

Hadir merasmikan program, Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad bersama Pengarah YADIM Cawangan Melaka & Negeri Sembilan, Ustaz Abd Halim bin Ismail. 

Untuk makluman bersama program ini anjuran bersama Balai Islam MAIM, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Masjid As Salimin Kariah Kandang. 

Sebenarnya kursus ini sangat bagus. Mendidik dan menginsafi kematian.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Dua perkara pada manusia yang kedua-duanya adalah dari perbuatan orang kafir: mencela keturunan (seseorang) dan meratap atas mayat.”

- Riwayat Muslim (67).

 

FB:  Kursus Pengurusan Jenazah Mualaf Negeri Melaka di Masjid As Salimin Kariah Kandang

 

 

Pin It
En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat
纸飞机下载纸飞机官网 纸飞机官网下载纸飞机下载safew官网 safew下载safew官网下载safew官网safew下载safew下载safew下载quickq官网quickq官网quickq下载纸飞机官网纸飞机下载