Jelajah Dakwah Serantau Di Daerah Songkhla, Thailand

thai2

thai1

thai3

thai4

 

 

Assalammualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah telah selesai program Jelajah Dakwah Serantau selama 3 hari di Daerah Songkhla, Thailand anjuran Bahagian Balai Islam MAIM dan NGO Mualaf Negeri Melaka diketuai Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Mohd Nasir bin Wahab..

Lokasi dan institusi yang dilawati :-

- Masjid Songkhla dan Bumrungsuksa Islamic School

Objektif utama program dakwah ini memperkukuh hubungan ukhuwah Islamiah sesama saudara muslim kedua-dua buah institusi khususnya komuniti Islam di Selatan Thailand dan melihat dengan lebih dekat pengurusan pendidikan serta pembangunan Islam di peringkat antarabangsa.

Turut bersama dalam program dakwah ini NGO Mualaf Negeri Melaka :-

- Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Negeri Melaka

- Persatuan Tionghwa Muslim Melaka (PERTIM)

- Badan Kebajikan Persaudaraan Islam Negeri Melaka (BAKPIS)

- Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Negeri Melaka

- Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMM) Cawangan Negeri Melaka

- Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Negeri Melaka

- Persatuan India Muslim Melaka (PIMM)

- Persatuan Anak-anak Sabah Melaka (PASMA)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik)" -Hadis riwayat al-Bukhari

FB:  Jelajah Dakwah Serantau Di Daerah Songkhla, Thailand

 

 

 

Pin It
En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat