|

Bantuan Pakaian dan Barangan Sekolah

 JKS1

JKS2

JKS3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah hari ini seramai 403 orang anak-anak asnaf DUN Ayer Molek menerima bantuan pakaian dan barangan sekolah. Disampaikan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman bersama Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.

Anak-anak asnaf kali ini menerima set pakaian sekolah, beg, kasut, songkok dan perkakas alat tulis. Setiap seorang menerima jumlah bantuan ini bernilai RM 350.00.  Jumlah bantuan mungkin agak kecil namun sangat-sangat membantu meringan beban keluarga bagi anak-anak menghadapi sesi persekolahan akan datang.

Doakan segala urusan bantuan pakaian sekolah ini Allah SWT permudahkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.” - Surah al-Naml ayat 40.

FB:  Bantuan Pakaian dan Barangan Sekolah

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 06 February 2025, 08:17:00.

Total Visitors

003854450

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.