Follow Us: fbtwiterrss
Theme Color:
Language:
Others
Text Size:
A- A A+

Sesi Pengauditan Bagi Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Do It Yourself (DIY) MAIM Tahun 2020.

auditeksa2

 

 

Assalamualaikum dan Salam Melaka Berwibawa.

13 Februari 2020 (Khamis)

Sesi Pengauditan Bagi Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Do It Yourself (DIY) MAIM Tahun 2020.

Alhamdulillah pada hari ini telah selesai semakan semula dan proses auditan ke atas Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui pendekatan EKSA DIY.
EKSA DIY merupakan satu bentuk penyelarasan, penilaian dan pengauditan oleh agensi induk terhadap agensi di bawah selian mengikut kriteria khusus yang disesuaikan (customized) berdasarkan perkhidmatan teras agensi tersebut bagi tujuan pensijilan EKSA.

Salah satu objektif pelaksanaan EKSA DIY ini adalah bagi memperkasakan peranan dan akauntabiliti agensi induk terhadap agensi di bawah seliaan.

Proses auditan telah dilaksanakan dengan lancar dan jayanya hasil kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) yang bertindak sebagai agensi induk bagi pelaksanaan EKSA MAIM.

Seramai 4 orang pegawai audit yang telah dilantik oleh JKMM bagi menilai ekosistem kerja yang diamalkan di MAIM.
Ternyata, mereka (pegawai audit) amat berpuas hati dengan persekitaran kerja serta pembudayaan amalan inovasi dalam kalangan pegawai dan kakitangan MAIM.

Dengan amalan EKSA berkenaan, MAIM telah berjaya membuktikan bahawa dengan proses tadbir urus yang tersusun dan penuh integriti, MAIM mampu memanfaatkan segala bentuk perkhidmatan kepada umat Islam di negeri khususnya bagi golongan asnaf yang amat memerlukan.
Usaha yang konsisten telah dilakukan oleh pihak MAIM bagi menambahbaik mutu penyampaian perkhidmatan sekaligus memastikan syiar dan syariat Islam dapat diimplimentasikan dengan penuh keberkatan Ilahi.

#melakaberwibawa
#pintarhijaubersih

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

VOTE

Your opinion about the new portal of Melaka Islamic Religion Council:

Can Be Further Improved - 0%
Good - 33.3%
Satisfy - 0%

VISITOR STATISTICS

Today1469
Yesterday1987
This Week1469
This Month21055
Total2268912

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

.