9 Disember 2019 (Isnin)
Taklimat Majlis Keselamatan Negara bagi Pegawai dan Kakitangan MAIM 2019 Sempena Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) - DIY 2.0
Tujuan Taklimat ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada Pegawai dan Kakitangan MAIM mengenai Kepentingan Strategik Negara di dalam mempertahankan Kedaulatan Negara merangkumi aspek mempertahankan keutuhan dan kedaulatan wilayah maritim, angkasa, siber melalui kawalan serta pemantauan.