2 Disember 2019 (Isnin)
Majlis Perasmian Program "Jom Anak-Anak Kita Ke Sekolah" Kepada Penerima Bantuan Zakat MAIM Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2020.
Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim bin Hasan sebentar tadi.
Setiausaha MAIM, Tuan Haji Azman bin Haji Aziz turut meluangkan masa hadir menyerikan majlis bersama Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka (ZM), Ustaz Abdul Halim bin Ismail.
Pada sesi persekolahan tahun hadapan seramai 10,050 anak-anak asnaf MAIM layak menerima bantuan persekolahan ini.
Setiap mereka menerima RM 300 seorang dan mereka layak mendapat bantuan berupa pakaian sekolah, kasut, beg dan juga peralatan tulis.
Semoga bantuan ini mampu meringankan beban dan menceriakan mereka dan keluarga menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#amanahandatanggungjawabkami