Menyampaikan Sumbangan Daripada Dana Mal Melalui Tabung Amal Jariah Negeri Melaka Kepada Penghuni RKTAA Dan 2 Buah Sekolah Rendah Agama JAIM

 sum4

sum3

sum5

sum9

 

 Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah

 
Alhamdulillah hari ini, Bahagian Mal Dan Wakaf MAIM bersama Penolong Setiausaha Bahagian Mal dan Wakaf, Puan Rohaizah binti Abas menyampaikan 2 unit mesin basuh automatik kepada Rumah Kasih Tun Abdul Aziz Durian Daun ( RKTAA). Kegunaan bersama penghuni RKTAA.
 
Kami serahkan mesin basuh berkapasiti 20 kg seunit. Seterusnya, kami sampaikan kerusi batu kepada 2 buah Sekolah Rendah Agama JAIM ;  SRA JAIM Bukit Larang - 3 unit kerusi, dan SRA JAIM Cheng - 3 unit kerusi. Tidak lupa juga, sumbangan 2 unit kerusi batu kepada Madrasah Pondok Tahfiz Darul Hadith Permatang Pasir.
 
Untuk makluman semua, sumbangan ini merupakan hasil daripada dana Mal melalui Tabung Amal Jariah Negeri Melaka (TAJM) yang diurus sepenuhnya oleh MAIM.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu) dan di sisi Allah pahala yang besar." - Surah Al-Taghabun ayat 15.
 
 
 
Pin It
En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat