Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) Bersama Kakitangan MAIM dan Ahli Sukarelawan Mengadakan Program Gotong-Royong di Rumah Asnaf

GGA 4

GGA 1

GGA 3

GGA 2

 

 

Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
 
Hujung minggu ini Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) bersama kakitangan MAIM dan ahli sukarelawan turun padang mengadakan program gotong-royong di rumah asnaf, Puan Leha binti Kinting di Kampung Kilang Berapi Merlimau.
 
Mengemas dalaman rumah, mengecat dan membersih kawasan sekeliling rumah Puan Leha yang kini tinggal seorang diri. Juga dipastikan keadaan rumah Puan Leha dalam keadaan bersih khususnya kawasan sekeliling yang agak bersemak dan membahayakan keselematan diri. Juga akan dipertimbang pembaikan rumah yang dirasakan sesuai dan perlu untuk keselesaan Puan Leha. Program ini juga menjadi aktiviti rutin bulanan bagi memastikan kediaman asnaf dalam keadaan yang bersih dan selesa.
 
 
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah suka jika salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik dan teliti." 
- (Hadis Riwayat Baihaqi)
 
 

 

FB : Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) Bersama Kakitangan MAIM dan Ahli Sukarelawan Mengadakan Program Gotong-Royong di Rumah Asnaf

 

Pin It
En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat