Anak Asnaf Lanjut Pengajian ke Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)

 

asnaf belajar

 

Alhamdulillah seramai 10 orang pelajar yang juga merupakan anak-anak asnaf MAIM berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).

TAHNIAH diucapkan kepada adik-adik kita ni...mereka semua akan mengikuti pengajian dalam jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan selama hampir 3 tahun (7 semester).

Alhamdulillah segala perbelanjaan dan kos pengajian dibiayai oleh MAIM sehingga mereka tamat pengajian.

Kepada adik-adik kita, ingat dan janji...belajarlah bersungguh-sungguh dan terus fokus kepada pembelajaran. Insha Allah di masa akan datang akan dapat bantu keluarga adik-adik meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik. Aminnn...

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: 'Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.'" - Surah al-Baqarah, ayat 201

Pin It
En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat