|

Program Ziarah Kasih MAIM

 
Assalammualaikum dan Salam Muhibbah
 
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Alhamdulillah, petang ini Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengadakan Program Ziarah Kasih ke kediaman salah seorang kakitangan MAIM, Encik Mohd Noor bin Sajali dari Bahagian Pentadbiran. Isteri beliau, Puan Nor Maliza binti Abdullah, kini sedang menjalani proses pemulihan selepas diserang penyakit angin ahmar (stroke) sejak sebulan yang lalu.
 
Setiausaha MAIM, YBrs. Tuan Haji Shaifulfazlee bin Mohamad bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis turut hadir meluangkan masa menyantuni keluarga beliau serta memberikan kata-kata semangat. Dalam ziarah tersebut, MAIM turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, mesin sedut kahak, kerusi roda, tilam dan lampin pakai buang (pampers) bagi membantu meringankan beban keluarga. 
 
Kita doakan kesembuhan yang segera kepada Puan Nor Maliza Abdullah, semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan yang dihadapi serta memberikan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga beliau. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
 
Firman Allah SWT dalam mafhumnya : “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” -Surah al-Mulk ayat 2
 
 
 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 11 August 2026, 02:16:26.

Total Visitors

004131155

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat