|

Menyantuni Keluarga Adik-Adik Sekolah Menengah Imtiyaz Ulul Albab Yang Telah Ditimpa Kemalangan Jalan Raya

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) bersama Pegawai Tugas Khas MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Encik Norazmi bin Hussin menyantuni keluarga adik-adik Sekolah Menengah Imtiyaz Ulul Albab yang telah ditimpa kemalangan jalan raya yang lalu. 
 
Menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan kepada keluarga serta bantuan alat bantu pulih seperti kerusi roda untuk kegunaan mereka. Kita juga ziarah keluarga Allahyarham adik Qayyim Ajwad bin Shahiruddin yang juga salah seorang mangsa kemalangan yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama para syuhada dan diberikan kesembuhan kepada adik-adik yang masih menerima rawatan susulan.
 
"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah ia dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan kesan lain".
 

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 11 August 2026, 02:16:26.

Total Visitors

004131118

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat