Alamat

Majlis Agama Islam Melaka
Pusat Islam Melaka 75400 Bukit Palah, Melaka.

Talian am : +606 283 7416, 283 2077, 284 9809
Faksimili : +606 282 6033
Email : admin@maim.gov.my

MAIM Holdings

MAIM Holdings Berhad telah ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Melaka berdasarkan Seksyen 27(B) 2(e) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka Tahun 1994 yang memperuntukkan kuasa di bawah Majlis Agama Islam Melaka untuk menubuhkan syarikatnya di bawah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan. MAIM Holding Bhd telah menubuhkan 3 anak syarikat yang bergerak aktif dalam aktiviti.

OBJEKTIF PENUBUHAN MAIM HOLDING BERHAD

  1. Mempertingkatkan dan memperteguhkan dana MAIM.
  2. Memainkan peranan positif dalam membangunkan asset MAIM dan masyarakat Islam.
  3. Merintis dan menerokai serta mempelopori kegiatan ekonomi berdaya maju.
  4. Memaksimumkan pulangan dan meningkatkan pelaburan MAIM.
  5. Memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat Islam.

AKTIVITI PERNIAGAAN MAIM HOLDING BERHAD

  • Perladangan Kelapa Sawit

MHB diberi kepercayaan oleh pihak MAIM untuk mengendalikan tanaman kelapa sawit di Air Paabas seluas 70 ekar dan telah mula mengeluarkan hasil dan lading kelapa sawit di Selandar seluas 45 ekar yang baru berumur lebih kurang 3 tahun manakala tanah milik MAIM di Ayer Panas seluas 15 ekar masih di peringkat pembersihan dan penanaman pokok kelapa sawit.

  • Pembersihan Bangunan

MHB juga telah diberi kontrak perkhidmatan pembersihan di Kompleks Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka dan Jabatan Mufti Melaka.

  • Agen Insurans Takaful Ikhlas

MHB berusahasama dengan Tradewinds Int. Brokers S/B sebagai Agen Insurans Am untuk Takaful Ikhlas Sdn.Bhd. , pembaharuan Insurans Kenderaan, Insurans Tanggungan Awam, Kebakaran, Money Transit dan sebagainya.

  • Pengurusan Anak Syarikat

MHB telah menubuhkan anak-anak syarikat dibawahnya yang bergerak aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan iaitu :- 

  1. MAIM Bentara Sdn.Bhd.
  2. MAIM Bentara Security Sdn.Bhd.
  3. MAIM Industries Sdn.Bhd.

Sehubungan dengan itu, MHB memberi perkhidmatan dari segi pengurusan kakitangan, rekod-rekod perakaunan anak-anak syarikat untuk dilaporkan kepada MAIM.

Untuk Maklumat Selanjutnya Hubungi    : -

MAIM HOLDING – NO.TEL         :          06 - 2819580

                                 NO.FAKS      :          06 - 2811654

 

            


Tarikh Kemaskini : 21-05-2013 | Pengguna Dalam Talian : none 1

Hakcipta Terpelihara 2011 © Majlis Agama Islam Melaka
Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768