Alamat

Majlis Agama Islam Melaka
Pusat Islam Melaka 75400 Bukit Palah, Melaka.

Talian am : +606 283 7416, 283 2077, 284 9809
Faksimili : +606 282 6033
Email : admin@maim.gov.my

Pengurusan Balai Islam ( Saudara Baru )

Bertanggungjawab dalam membantu dan membimbing Saudara Baru ke arah pemantapan aqidah dalam memupuk rasa tanggungjawab terhadap Agama Islam serta menerapkan nilai–nilai murni dan cara Islam dalam diri dan kehidupan di kalangan Saudara Baru.

Fungsi Bahagian

  1. Mengurus daftar pemelukkan Islam di Negeri Melaka
  2. Mengemaskini kes–kes permohonan keluar Islam
  3. Merancang dan melaksana program – program peningkatan ilmu dan pemantapan aqidah kepada saudara baru
  4. Memberi khidmat nasihat,kaunseling dan menguruskan kebajikan kepada saudara baru
  5. Melaksanakan program pendekatan Agama Islam kepada kumpulan yang tidak mempunyai agama

Aktiviti

  1. Kelas Bimbingan Fardhu Ain
  2. Kelas Bimbingan Agama
  3. Pernikahan Beramai–ramai
  4. Program Motivasi Saudara Baru
  5. Dakwah/ Lawatan Perkampungan Orang Asli

Prosedur Memeluk Agama Islam

  1. Melengkapkan Borang Memeluk Agama Islam :
  2. * 4 keping gambar

    * Berumur 18 tahun ke atas

    * Seorang saksi

    * Salinan Kad Pengenalan Pemohon/Saksi

    * Sijil Perkahwinan(jika ada)

  3. Menjalani sesi penerangan kepada saudara baru
  4. Lafaz syahadah oleh saudara baru
  5. Proses keluar Surat Akuan Islam sementara
  6. Proses membuat Kad Akuan Islam

Sebelum Kad Akuan Islam dikeluarkan para saudara baru perlu lulus :

  1. Membaca dan memahami bacaan dalam sembahyang
  2. Rukun Islam dan Rukun Iman
  3. Menghadiri kelas Fardhu Ain/ Kursus/ Seminar
  4. Menghadiri sesi temuduga saudara baru

Jenis-jenis bantuan bagi Saudara Baru :

  1. Bantuan Tahunan
  2. Bantuan Pakaian Sekolah
  3. Bantuan Perniagaan
  4. Bantuan Rawatan
  5. Bantuan Kemahiran
  6. Bantuan Kecemasan
  7. Bantuan Penempatan Muallaf ( Al-Ihsan)
  8. Bantuan Kelas Tambahan dan Motivasi pelajar

Tarikh Kemaskini : 19-05-2013 | Pengguna Dalam Talian : none 1

Hakcipta Terpelihara 2011 © Majlis Agama Islam Melaka
Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768