Alamat

Majlis Agama Islam Melaka
Pusat Islam Melaka 75400 Bukit Palah, Melaka.

Talian am : +606 283 7416, 283 2077, 284 9809
Faksimili : +606 282 6033
Email : admin@maim.gov.my

Zakat

Zakat ( Siasatan Dan Agihan )

Bertanggungjawab dalam mengurus,merancang dan mengawal hal ehwal kebajikan para penerima bantuan yang terdiri daripada semua asnaf yang telah ditentukan.Menyelaras dan membuat siasatan terhadap permohonan bagi mereka yang memerlukan bantuan dan perhatian daripada pihak Baitulmal.

Enakmen Pengagihan Zakat

Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Melaka ) 2002 Seksyen 75 ceraian 1. Majlis dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan pemungutan,pentadbiran dan pembahagian zakat dan fitrah

Objektif Bahagian

  1. Mengagihkan kutipan zakat kepada lapan asnaf mengikut program,skim dan projek yang telah ditetapkan didalam anggaran belanjawan zakat secara cekap dan berkesan serta memenuhi kehendak syariat bagi asnaf yang dibantu.
  2. Mengenal pasti golongan fakir dan miskin yang perlu dibantu .Menyiasat dan memproses permohonan bantuan untuk menentukan kesahihan dan kelayakan mengikut garis panduan dan kelayakan yang telah ditetapkan.
  3. Mewujudkan perasaan redha dan sabar di kalangan golongan yang layak dibantu.
  4. Bekerjasama dengan semua pihak bagi membantu golongan yang layak daripada kewangan zakat.

Kelayakan

  1. Fakir : Orang yang tiada mempunyai harta atau mata pencarian tetapi pendapatannya menampung separuh keperluan asas untuk diri dan tanggunganya
  2. Miskin : Orang yang tiada mempunyai harta atau mata pencarian tetapi masih tidak dapat menampung keseluruhan keperluan asas sama ada bagi dirinya atau seisi keluarga dibawah tanggungannya
  3. Amil : Orang yang menguruskan perihal zakat segi kutipan, pengurusan,kawalan dan sehinggalah kepada pengagihnya
  4. Muallaf : Orang yang baru memeluk Agama Islam yang dijinakkan hatinya dengan diberi panduan dan bantuan agar mereka tetap teguh mencintai Islam
  5. Riqab : Hamba yang diberikan peluang oleh tuannya untuk menebus dan memerdekakan dirinya tetapi tidak mempunyai wang untuk tujuan tersebut.
  6. Gharimin : Orang yang menanggung hutang yang dibenarkan oleh syara’ seperti hutang untuk maslahah orang ramai tetapi tidak mampu membayar hutang tersebut.
  7. Fisabilillah : Orang yang berjuang untuk keperluan dan program maslahah ( kepentingan ) orang – orang Islam untuk menegakkan syiar Islam.
  8. Ibnu Sabil : Musafir yang keputusan atau kehabisan belanja untuk meneruskan perjalanan yang bertujuan baik yang dibenarkan oleh syarak.

Bantuan Agihan Zakat

Bagi melaksanakan amanah daripada wang zakat yang telah dibayar MAIM telah memperuntukkan kesemua wang zakat tersebut kepada beberapa aktiviti untuk kemaslahatan orang Islam negeri Melaka antaranya ialah program bantuan MAIM yang telah diketegorikan dalam asnaf yang ditetapkan antara bantuan yang disediakan oleh MAIM

    a. Bantuan Bulanan

    1. Bantuan Makanan Asasi ( Keluarga Kecil / Keluarga Besar )
    2. Simpanan Amanah Saham Nasional
    3. Rawatan Hemodialisis
    4. Bantuan Pekerja Sukarelawan

b. Bantuan Tahunan

  1. Bantuan Hari Raya
  2. Pakaian Sekolah ( Anak-Anak Fakir / Miskin / Muallaf )
  3. Bantuan Yuran Sekolah ( Rendah / Menengah )

c. Bantuan One Off

  1. Bantuan Am
  2. Bantuan Cermin Mata
  3. Pinjaman Perniagaan
  4. Pinjaman Komputer ( anak Fakir )
  5. Skim Perkahwinan Ibu Tunggal
  6. Bantuan Ke Asrama Penuh

Permohonan Bantuan

Permohonan Bantuan MAIM perlulah dibuat dengan menggunakan borang asal dan diisi dengan lengkap bersama pengesahan daripada Imam, Pengerusi JKKK atau AJK kariah setiap pemohon.

Setiap permohonan yang lengkap perlu disertakan dengan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Imam atau JKKK kariah pemohon menetap ;

  1. 2 Keping gambar pemohon berukuran pasport
  2. 1 Salinan kad pengenalan
  3. 1 Salinan Sijil Cerai (jika bercerai hidup)
  4. 1 Salinan Sijil Kematian (jika bercerai mati)
  5. 1 Salinan Sijil Kelahiran pemohon (jika ada)
  6. 1 Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan anak-anak bagi setiap tanggungan dibawah pemohon

Garis Panduan Kelayakkan

  1. Had Umur
    - Ditetapkan kepada umur 18 tahun ke atas (umur yang kurang daripada 18 tahun hendaklah diwakili oleh ibu bapa atau penjaga)
  2. Status Keluarga
    - Berkahwin dengan ada tanggungan
    - Bujang dengan kurang upaya (cacat dari segi fizikal dan mental )
    - Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan dah hilang tempat bergantung
  3. Tanggungan yang tinggal bersama pemohon
    - Anak kandung
    - Anak tiri atau anak angkat
    - Anak saudara
    - Tiada tempat bergantung
  4. Pendapatan
    - Pendapatan kurang daripada RM51.00 seorang bagi seorang dalam isi keluarga
    - Pendapatan tidak menentu dan tidak mencukupi
    - Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak

Pemohon boleh mendapatkan borang atau khidmat nasihat :

Bahagian Siasatan Dan Agihan Zakat
Majlis Agama Islam Melaka,
Aras Bawah,
Kompleks Majlis Agama Islam Melaka
75100 Bukit Palah,
Melaka.

 


Tarikh Kemaskini : 27-07-2014 | Pengguna Dalam Talian : none 1

Hakcipta Terpelihara 2011 Majlis Agama Islam Melaka
Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768