Piagam Pelanggan MAIM
Kesungguhan setiap anggota perkhidmatan Majlis Agama Islam Melaka dalam memberikan perkhidmatan secara cekap, mesra dan berkesan untuk :
Agihan Zakat
Melaksanakan siasatan ke atas permohonan dan menyerah bantuan kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 60 hari dari tarikh permohonan dibuat ;
Wakaf
Melaksanakan proses permohonan wakaf dalam tempoh 30 hari.
Melaksanakan proses penebusan tanah bahagian baitulmal dalam tempoh 21 hari.
Pendaftaran Muallaf
Melaksanajan proses pendaftaran muallaf dan pengeluaran kad akuan memeluk Islam dalam tempoh 45 minit selepas pengislaman dibuat ;
Pengurusan Rumah Anak Yatim
Melaksanakan proses permohonan kemasukkan pelajar ke rumah anak yatimdan mengadakan temuduga serta member keputusan dalam masa 30 minit semasa pendaftaran masuk dibuat;
Pengurusan Aduan Pelanggan
Memberi maklumbalas kepada aduan pelanggan dalam tempoh 3 hari.
Mengambil tindakan ke atas aduan dalam tempoh 14 hari.
Kewangan
Menyediakan baucer bayaran dalam tempoh tidak melebihi 2 minggu daripada tarikh bil diterima secara lengkap.
Menyiapkan penyata kewangan bulanan tidak lewat daripada 15 haribulan berikutnya.












