Alamat

Majlis Agama Islam Melaka
Pusat Islam Melaka 75400 Bukit Palah, Melaka.

Talian am : +606 283 7416, 283 2077, 284 9809
Faksimili : +606 282 6033
Email : admin@maim.gov.my

JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA

OBJEKTIF

•  Tujuan utama Jabatan Mufti Negeri Melaka untuk memberi nasihat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan masyarakat mengenai Hal Ehwal Agama Islam dan hukum syarak.

•  mengeluarkan fatwa atau pandangan hukum syarak yang lengkap, kemas dan bersistematik atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi yang berhubungan dengan hukum syarak berdasarkan kepada nas Al-Quran dan As-Sunnah serta pendapat Imam-Imam mazhab yang mu'tabar.

•  menjadi pusat rujukan yang utama dan terakhir dalam aspek fatwa dan hukum syarak.

•  menjadi pusat pendidikan, penyelidikan dan astro-pelancongan dalam bidang ilmu falak

syarie astronomi yang mantap, berwibawa dan disegani.

FUNGSI UTAMA

Bahagian Fatwa dan Buhuth :

  • Menguruskan pengeluaran Fatwa; dan
  • Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan Fatwa.

•  Bahagian Falak Syarie :

  • Pendidikan ilmu Falak Syarie / Astronomi;
  • Kajian dan penyelidikan berkaitan Falak Syarie / Astronomi;
  • Pengurusan Balai Cerap Al-Khawarizmi dan astro-pelancongan; dan
  • Pengurusan sumber maklumat Islam berkaitan Fatwa dan Falak Syarie /
    Astronomi.

•  Bahagian Sumber Maklumat:

  • Pengurusan sumber maklumat Islam berkaitan Fatwa dan Falak Syarie /
    Astronomi
  • Menguruskan perpustakaan jabatan
  • Menguruskan percetakan dan penerbitan jabatan

•  Bahagian Teknologi Maklumat (ICT) :

  • Perkhidmatan ICT bagi kegunaan jabatan;
  • Pembangunan dan penyelenggaraan sistem maklumat bagi kegunaan
    jabatan; dan
  • Program e-masjid Negeri Melaka.

•  Bahagian Khidmat Pengurusan:

  • Urusan Pentadbiran Am Jabatan
  • Urusan Perkhidmatan Kakitangan dan Pembangunan Sumber Manusia.
  • Pengurusan Kewangan Jabatan

Untuk Maklumat Lanjut :

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Kompleks Majlis Agama Islam
Aras 2, Imarah A
75400 Bukit Palah
Melaka Bandaraya Bersejarah

Telefon : 06 - 284 7920 / 21
Talian Terus Mufti : 06 281 8182
Faks : 06 - 284 8144

http://www.al-azim.com/jmm/
Email : jkmmufti at tm.net.my

JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

OBJEKTIF

•  Mewujudkan pengurusan pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan yang bersih, cekap dan amanah

•  Menyediakan sistem pendidikan agama yang dapat melahirkan ummah yang bertakwa dan berakhlak mulia.

•  Memberi perkhidmatan kekeluargaan yang mesra dan berkualiti tinggi.

•  Melaksanakan program dakwah dan pemahaman Islam dengan tersusun dan berkesan.

•  Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran masjid dan madrasah dengan cekap.

•  Melaksanakan penguatkuasaan Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dengan tegas dan berkesan.

•  Menentukan kes-kes pendakwaan disediakan dengan lengkap mengikut prosedur untuk dihadapkan ke mahkamah seterusnya membantu hakim membuat keputusan yang adil dan saksama.

•  Memberi perkhidmatan pensijilan halal dengan sistematik dan cekap.

 FUNGSI

•  Menguruskan pentadbiran, kewangan , teknologi maklumat dan perkhidmatan organisasi

•  Menyediakan kemudahan pendidikan agama dan akademik kepada pelajar-pelajar di peringkat Tadika, Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Arab dan Sekolah Menegah Agama.

•  Menyediakan perkhidmatan kekeluargaan seperti nikah,cerai,rujuk dan bimbingan keluarga kepada penduduk.

•  Menguatkuasakan Enakmen Pentadbiran dan Keluarga Islam Negeri Islam.

•  Menjalankan pendakwaan ke atas orang yang dituduh melakukan kesalahan dibawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Melaka.

•  Merancang, menyelaras dan melaksanakan program dakwah Islam

•  Menyelaras pengurusan masjid-masjid dan surau.

•  Menguruskan permohonan sijil halal.

•  Memantau dan mengambil tindakan mencegah ajaran salah.

•  Menguruskan dan menyelaras pentadbiran Agama Islam peringkat daerah.

Untuk Maklumat Lanjut :

Jabatan Agama Islam Melaka

Imarah B,Kompleks MAIM,

Bukit Palah,75150 Melaka

No.Tel/Fax : 06-2833063/06-2834022

Email : jaim@melaka.gov.my


Tarikh Kemaskini : 18-05-2013 | Pengguna Dalam Talian : none 1

Hakcipta Terpelihara 2011 © Majlis Agama Islam Melaka
Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768