Alamat

Majlis Agama Islam Melaka
Pusat Islam Melaka 75400 Bukit Palah, Melaka.

Talian am : +606 283 7416, 283 2077, 284 9809
Faksimili : +606 282 6033
Email : admin@maim.gov.my

Sekapur Sireh

none

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu syukur ke hadrat Allah SWT kerana taufiq dan izinNya Laman Web Rasmi Majlis Agama Islam Melaka dapat dilancarkan dengan sempurna. Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa yang telah berusaha dalam menyempurnakan laman web ini dengan objektif  utama untuk menyalurkan informasi Pengurusan Pentadbiran Majlis Agama Islam Melaka melalui media elektronik.

Saya amat menaruh harapan dengan terlaksananya laman web rasmi Majlis Agama Islam Melaka ini, ia akan menjadi satu pusat rujukan masyarakat untuk lebih mengenali peranan dan fungsi Majlis Agama Islam Melaka terutamanya di dalam pengurusan pentabiran Baitulmal Negeri Melaka di samping itu laman ini diharapkan dapat menyalurkan pelbagai inforamasi mengenai urusan dan aktiviti Zakat, Wakaf dan Baitulmal serta memahami segala prosedur kerja yang telah digariskan oleh pengurusan Majlis Agama Islam Melaka.

Selaras dengan Melaka Maju 2010 kemajuan teknologi ICT amatlah perlu dititik beratkan dimana segala informasi  yang disediakan perlulah tepat dan mudah difahami masyarakat dan menaik taraf system penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif dan berkesan kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di Majlis Agama Islam Melaka.

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya kepada pengunjung laman web ini dapat menjadikan informasi yang diperolehi sebagai satu sumber maklumat yang berguna dan dikongsikan bersama dalam menaikkan imej Pentadbiran Majlis Agama Islam Melaka dan seterusnya memartabatkan Agama Islam sebagai satu Agama yang mulia di mata masyarakat dan dunia.

 

Sekian, wassalam.

YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam

Ketua Menteri Melaka

Merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka.


Tarikh Kemaskini : 17-05-2013 | Pengguna Dalam Talian : none 1

Hakcipta Terpelihara 2011 © Majlis Agama Islam Melaka
Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768