1. Melaksanakan dasar dan keputusan kerajaan / majlis secara cepat dan tepat;

2. Berusaha memberi perkhidmatan yang mesra dan membantu menyelesaikan masalah pelanggan dengan kadar yang segera;

3. Mengambil tindakan segera terhadap aduan dan pemohonan bantuan melalui siasatan dalam tempoh 14 hari;

4. Menguruskan permohonan perwakafan tanah yang lengkap untuk kelulusan dalam tempoh 14 hari ;

5. Penentuan faraid tanah Baitulmal diselesaikan dalam tempoh 7 hari ;

6. Meningkatkan hasil Baitulmal untuk memantapkan ekonomi Majlis Agama Islam Melaka melalui peningkatan kecekapan pungutan  zakat dan pembangunan tanah yang dimiliki ;

7. Memastikan golongan fakir yang telah dikenal pasti menerima bantuan makanan sebelum 10 haribulan setiap bulan ;

8. Menyediakan baucer bayaran dalam tempoh tidak melebihi 2 minggu daripada tarikh bil diterima secara lengkap ;

9. Mengemaskini buku vot dengan merekodkan semua butiran perbelanjaan yang diperuntukan pada hari yang sama

10. Menyiapkan penyata kewangan bulanan tidak lewat daripada 15 haribulan
 
 
Pengurusan Baitulmal

Pentadbiran dan Perkhidmatan
Bahagian Kewangan dan Akaun
Bahagian Siasatan dan Agihan Zakat
Bahagian Wakaf dan Sumber Am
Penerbitan dan Pusat Sumber
 
 
           
  Laman web ini akhir dikemaskinikan pada  
2005© Hak Cipta Terpelihara. Majlis Agama Islam.Dibangunkan oleh Melaka ICT Holdings Sdn Bhd
peta laman laman utama